Gambar hiasan
“Nape la si X tu macam tu ek ! “Aku xsuke la.. kata A kepada B.
“ Ali ni kalau masak, mesti tak sedap.” Rungut Ina kepada Tanti.
Perkara sebegini sudah menjadi asam garam dalam masyarakat kita, iaitu menyampaikan sikap buruk atau kelemahan seseorang kepada orang yang ketiga, atau kata lainnya kita namakan MENGUMPAT (ghibah).
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَتَدْرُونَ مَا الْغِيبَةُ قَالُوا اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قَالَ ذِكْرُكَ أَخَاكَ بِمَا يَكْرَهُ قِيلَ أَفَرَأَيْتَ إِنْ كَانَ فِي أَخِي مَا أَقُولُ قَالَ إِنْ كَانَ فِيهِ مَا تَقُولُ فَقَدْ اغْتَبْتَهُ وَإِنْ لَمْ يَكُنْ فِيه فَقَدْ بَهَتَّهُ.
Daripada Abu Hurairah r.a: Nabi Muhammad SAW bejumpa dengan para sahabat dan bertanya, “ Kamu tahu apa itu mengumpat? ” Mereka menjawab “ Allah dan Rasul-Nya lebih tahu ” Nabi bersabda lagi, “ Kamu menyebut apa yang saudara kamu benci” Mereka berkata lagi, “ Apa kata kalau yang kusebut itu sememangnya ada pada saudaraku? “ Nabi bersabda lagi, “ Jika yang kamu sebut itu ada pada dia, maka itulah mengumpat. Jika yang disebut itu tiada padanya, maka itulah pembohongan besar. ”( Riwayat Muslim, bab Haram ghibah)
Sikap suka menghidu, memasang telinga dan menyampai-nyampai sememangnya diharamkan di dalam Islam kerana ianya boleh merendahkan maruah orang lain, malah akan menimbulkan rasa kebencian pada diri orang yang dituju akibat kelemahan yang ada pada dirinya. Bukankah Islam menganjurkan kita agar saling sayang-menyayangi sesama muslim?
عَنْ أَنَسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
Daripada Anas, Nabi sallallahu alaih wasallam bersabda “ Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri”(Bukhari & Muslim).
“ Ala, tak best la kalau tak bergosip” kata temannya.
Ya, mengumpat memang menyedapkan. sangat best apabila kita dapat merendahkan-rendahkan orang lain, Amat seronok bile dapat membuka aib orang lain, dan sangat terhibur bila dapat memperlekehkan orang lain. Se’sedap’ itu jugalah kita memakan bangkai daging saudara kita sendiri.
Firman Allah s.w.t didalam surah al-Hujurat ayat 12:
وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ (12)
dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
Di dalam Tafsir Ibn Katsir, asbabul nuzul ayat ini berhubung dengan sahabat baginda s.a.w, Salman al-Farisi radiallahuanhu. Ianya disebabkan sewaktu beliau nyenyak tidur, beliau berdengkur dengan kuat. Lalu perkara ini menjadi bualan oleh sahabat lain yang mendengar dengkurannya. Kerana merasa malu, Salman berjumpa Rasulullah s.a.w dan mengadu kepadanya. Lalu turunlah ayat di atas.
Selain itu, baginda s.a.w juga menasihatkan para sahabat dari terus mencerca Abu Jahal. Sepertimana yang kita sudah maklum tentang kezaliman Abu Jahal ini, beliau sering menyekat dakwah baginda s.a.w dan mengenai bagaimana beliau menyiksa kaum muslimin di Makkah. Bahkan beliaulah yang paling memusuhi Islam. Namun baginda s.a.w tidak membenarkan dari beliau terus dicaci. Mengapa? Hal ini disebabkan anaknya, Ikramah telah pun memeluk Islam. Lihatlah bagaimana Rasulullah s.a.w menjaga hubungan sesama manusia dan pentingnya menjaga hubungan sesama muslim.
Tahassus itu adalah perbuatan mengambil tahu, menyelidik dan menyiasat untuk tujuan yang baik. Manakala Tajassus pula adalah perbuatan menyelidik, menyelak-nyelak dan mencari-cari kesalahan serta kelemahan orang lain dengan tujuan yang jahat. Kerana niat, Tahassus boleh berubah menjadi Tajassus[1]
“ Tapi kami cuma nak mengingatkan je.” jawab sebahagian yang lain.
Ya, amat penting untuk saling mengingati sesama muslim. Kerana itu Allah berfirman di dalam surah al-Dzariyat ayat 55:
وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَى تَنْفَعُ الْمُؤْمِنِينَ (55)
55. dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.
Arti yang sebeginilah jarang dimengerti orang, adakah cara teguran ataupun tindakan yang diambil memenuhi syarat dalam memberi nasihat, ataupun hanya ingin mencari kesalahan akibat kebencian yang sudah disimpan lama, irihati, dengki yang merasuk jiwa kita kepada yang hendak dituju. Pada era ini, tak kalahnya dikalangan para muslimah yang masih cenderung pada hal tersebut. Adakah perkara sebegini wajar dilakukan oleh orang berpendidikan agama. Mencari kesalahan temannya sendiri, terkadang di depan layak ia ibarat makanan akan tetapi di belakang bersifat kotoran yang tidak bisa diajak berteman. (Misal ini hanyalah prosa dan sastra gunanya sebagai renungan bersama).
Memang bagi kita seorang muslimah mempunyai ciri-ciri pakaian luaran kita amat dibanggakan dengan tertutupnya aurat. Kita jaga selalu agar tidak tercemar bak orang pergaulan bebas di luar sana. Tapi apakah kita sudah bebas dari penyakit yang kita amalkan selama ini, yaitu penyakit hati, dengki, irihati, angkuh, dan serupa dengannya sudah bersih dan suci dari kita dan melalukan perkara baik secara sempurna sebagaimana dituntut dalam Islam. Ataupun itu hanya permaian boneka luaran sahaja untuk menarik peminat atau meletak diri kita agar dihormati. Realitinya itulah yang menjerumuskan kita pada tahap yang lebih rendah.
Masih lupakah kita firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Al-Qur’an: (QS: as-Shaff : 2,3).
َيأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوْا لِمَ تَقُولُوْنَ مَا لَا تَفعَلُونَ (2) كَبُرَ مَقْتاً عِنْدَ اللهِ أَنْ تَقُوْلوُا مَا لاَ تَفْعَلُونَ (3).
“Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?. Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan”.
Amat jelas dari zahir ayat di atas, akan murka Allah kepada orang yang mengatakan sesuatu kebaikan tetapi ia sendiri tidak mengamalkannya. Inilah yang penulis ingin tekankan baik pada diri sendiri maupun kepada orang-orang seakidah di luar sana agar mematuhi tata cara yang sudah diatur dalam al-Qur’an jangan hanya segala sesuatu kita buat untuk mendapat derajat populariti saja. Amalkanlah secara berhemah, terbuka dan berlapan dada. Cermin diri adalah jalan yang terbaik sebelum kita cermin orang lain.
Namun, untuk meng’halal’kan tindakan tersebut, kita perlu check semula pada diri kita.
Adakah kita ini bebas dari kelemahan dan kekurangan?
Apakah perkhabaran tersebut boleh menambahkan amal kebaikan (pahala) buat diri kita?
Dan apakah kita akan suka sekiranya orang lain mengatakan perkara yang buruk tentang diri atau ahli keluarga kita?
Adapun 6 keadaan yang diharuskan ulama’ untuk mengumpat seperti yang termaktub pada bab berkaitan ghibah di dalam kitab Riyadhus Solihin karangan Imam An-Nawawi, ianya mestilah jelas bahawa ghibah kita itu termasuk di dalam pengecualian tersebut. Haruslah ghibah itu mengikut berdasarkan disiplin dan garis panduan yang telah disyariatkan. Bukan ghibah itu sekadar untuk menjadi tajuk bualan atau untuk menjadi bahan ketawa. Perlu dipastikan niat kita yang sebenarnya sama ada ghibah kita itu benar-benar termasuk di dalam yang diharuskan atau yang diharamkan.
Sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai muslim untuk merahsiakan apabila kita mengetahui keaiban orang lain. Jika penganut kristian, mereka disuruh menceritakan dosa yang dilakukan kepada paderi bagi membersihkan dosa atau bertaubat, namun Islam tidak membenarkan seorang muslim menceritakan atau membuka keaibannya sendiri kepada orang lain, hatta dosa-dosanya yang sudah lalu. Apatah lagi jika orang lain yang menceritakan keaiban saudaranya.
Namun sebaiknya kita memilih jalan yang selamat, iaitu kita berdiam diri dan mengelak dari bercakap atau mencari-cari kelemahan orang lain bagi mengelak fitnah ke atas diri kita.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلَا يُؤْذِ جَارَهُ وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ.
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia itu berkata yang baik-baik atau diam sahaja. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia itu memuliakan jirannya. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia itu memuliakan tetamunya”(Riwayat Bukhari, bab lisan)
Ø Tanya pada diri adakah kita adakah benar-benar sempurna?.
Ø Tepuk dada tanya Iman kita ?.
Ø Adakah kita BERKATA ATAUPUN MENGATA ?.
2 komentar:
salam...
menarik artikel ni, teguran berhemah,
dlm rencah kehidupan ni mmg diciptakan manusia beragam2,
maka terserah kitalah nk jd yg mne....
m0ga Allah menjaga kita dr mnjdi mnusia yg jenis PENGUMPAT.ameen :D
renung2 kan lah bersama
syukran ya ukhti...semoga dengan tulisan yang xsebarapa ini...dpat memuhasabah diri kita. Amin.
Posting Komentar
Berilah nasihat dengan muhibbah...